31 Mei 2013

Empat lelaki tersilap sasaran

Foto
21 Rejab 1434 H. [MOD] -


Kangar: Bukit Aman akan berhubung dengan Interpol bagi mengenal pasti motif serangan ke atas rombongan Pengerusi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Phuket, Thailand.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, seorang pengawal peribadi cedera parah selepas diserang empat lelaki yang memasuki bilik yang diduduki kerabat berkenaan di pusat peranginan lima bintang, Millenium Resort di Phuket.
Berdasarkan laporan portal Phuketwan.com, mangsa, Mohd Sobri Said, 40-an, dibelasah oleh keempat-empat suspek yang memecah masuk salah sebuah bilik kerabat diraja berkenaan menggunakan kad keselamatan hotel yang diperoleh mereka secara haram.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, pihaknya belum menerima laporan penuh mengenai kejadian yang menimpa pengawal peribadi adik kepada Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


“Setakat ini, kita menyerahkan siasatan penuh kejadian berkenaan dilakukan pihak polis Thailand selepas ia tertakluk di bawah penyeliaan serta bidang kuasa pihak berkuasa di sana,” katanya.

metro/-

Tiada ulasan: