02 Mei 2013

Budaya Merosakkan Papan Iklan dan Bendera Parti Harus Dihentikan Segera

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sepanduk atau Papan iklan dan juga bendera PAS yang dipasang di kawasan Kg Lusut Jaya dalam parlimen Sibuti telah dibuang dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita dapati beberapa papan iklan dan bendera PAS telah dirosakkan oleh mereka yang tidak mempunyai sikap profesional dalam menghadapi pihak lawan.

Merosak papan iklan dan bendera parti yang bertanding dalam pilihanraya umum ini merupakan satu kegiatan oleh pihak yang tidak bertamadun. Kita tidak mahu kegiatan merosak bendera yang berlainan fahaman politik menjadi budaya politik di Malaysia ini.

Sepatutnya semua pihak yang bertanding bebas meletak papan iklan dan bendera politik parti masing-masing di tempat yang dibenarkan tanpa sebarang gangguan. Ini musim pilihanraya umum sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Kita mengesa pihak SPR dan pihak keselamatan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas keatas mereka yang merosakkan papan iklan dan bendera parti yang bertanding tanpa mengira fahaman politik.

Diharap pihak yang berkenaan dapat bertindak segera demi keselamatan semua pihak yang bertanding dalam PRU13 ini supaya tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Tiada ulasan: