03 Mei 2013

Lapor kes dakwat kekal: Mejar ditukar serta merta

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


PULAU PINANG:Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan  ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.


(Laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi, isteri dan rakan-rakannya tersebar merata. Kerana membuat laporan polis beliau dipersalahkan dan ditukar serta merta)

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.


harakahdaily/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

Mejar, Masih ada ruang untu anda. Pastikan PR Berkuasa di Putrajaya. Allah yang memberi rezki dan usahanya telahpun kita laksanakan.

Inilah perangai pemerintah masa kini kuasa diguna bukan bertempat.
Takbir....!!!!