03 Mei 2013

Pakatan gesa pekerja syarikat penerbangan, pengundi untuk halang penipuan

22 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 3 Mei — Pakatan Rakyat (PR) gesa pekerja syarikat penerbangan dan pengundi rakyat Malaysia untuk melawan penipuan pada pilihan raya umum 5 Mei ini, ketika dakwaan 40, 000 pengundi diragui termasuk warga asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan sejak minggu lepas ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua PR di Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini berkata akuan pengundi yang diterbangkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysian mengukuhkan lagi dakwaan cubaan untuk menipu undi.
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam berkata “rakan” BN sedang membantu mereka menerbangkan pengundi pulang ke semenanjung tetapi menegaskan ianya sebahagian daripada kempen parti “keluar mencari undi” untuk Pilihan Raya 2013.
“Kenyataan oleh Tengku Adnan menimbulkan kebimbangan terdapat usaha terancang untuk mengganggu pilihan raya di Selangor,” kata Abdul Khalid, yang juga negeri Menteri Besar sementara pada sidang media di ibu pejabat PKR, Tropicana disini.
“Oleh itu, kami merayu kepada kakitangan yang terlibat seperti juruterbang, anak-anak kapal dan kakitangan teknikal supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.
Namun, pagi ini pengerusi kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan tindakan menerbangkan pengundi dari Malaysia timur ke negeri-negeri utama di semenanjung adalah satu kesalahan.
Ambiga berkata tindakan tersebut adalah mencurigakan dan membangkitkan kebiasaannya penduduk Sabah dan Sarawak bekerja di semenanjung yang terbang pulang ke negeri Borneo itu dan bukan sebaliknya.
“Ia merupakan kesalahan dibawah 20 (6)(b),” kata Ambiga ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Abdul Khalid walau bagaimanapun mengakui sukar untuk PR mengumpul bukti kukuh bagi membuktikan dakwaannya itu tetapi dia turut bersetuju dengan pandangan pemimpin Bersih yang penjelasan Tengku Adnan tidak mencukupi untuk menjawab penjelasan daripada mereka.
“Dakwaannya ialah pengundi berdaftar ini sangat mencurigakan kerana tiada adalasan untuk pengundi dari Sabah mengundi Selangor, apatah lagi dalam kumpulan yang besar,” katanya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan semalam terdapat 40,000 pengundi diragui, termasuk rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan masuk dari Sabah dan Sarawak semenjak minggu lepas ke negeri-negeri utama di semenanjung seperti Selangor dan Kuala Lumpur.
Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan Pakatan Rakyat (PR) rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.
Syarikat penerbangan nasional MAS juga telah menafikan dakwaan ia akan menggerakkan penerbangan sewa khas untuk mengangkut pengundi hantu.
Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, berjumlah kira-kira 889,000 orang, rakyat asing yang kebanyakkannya datang dari Filipina dan Indonesia.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah, yang bermula Januari lalu mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.

malaysian insider/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

Ambil gambar IC mereka dan semak dgn daftar pemilih.Kalau dapat ambil senarai nama penumpang2 yg naik pesawat itu lagi mudah utk dikesan, dimana mereka akan mengundi. Buang / keluarkan nama2 mereka .Buat senarai baru yg dah bersih. Semak juga dlm senarai pengundi pos. Bertindak sebelum terlambat. Menapis ditempat mengundi kurang bijak, sebab akan berlaku kekecohan. Keluarkan nama mereka awal2 lagi supaya tak boleh mengundi. Begitu juga pengundi ic projek dari Sabah ,kod 12