24 Jun 2013

Isteri harap Husam dibebaskan hari ini

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Isteri Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abdul Rahman telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta.




Rohana berharap suaminya dibebaskan hari ini.



Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.



Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.



Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula 
selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.


Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.



“Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan,” ujarnya.



Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.
HARAKAH/-

Tiada ulasan: