03 Julai 2013

Harga minyak mentah Asia melonjak berikutan kebimbangan di Mesir

24 Syaaban 1434 H. [MOD] -

SINGAPURA: Harga minyak mentah melonjak tinggi dalam dagangan Asia hari ini susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap krisis politik di Mesir sehingga boleh menjejaskan bekalan minyak mentah dunia dari Asia Barat, demikian menurut penganalisis. 
Kontrak utama New York bagi penghantaran minyak mentah jenis ‘light sweet’, West Texas Intermediate (WTI) untuk bulan Ogos melonjak AS$2.20 kepada AS$101.80 setong dalam dagangan pagi tadi, manakala kontrak Brent North Sea pula meningkat AS$1.11 kepada AS$105.11 setong. 

Saham WTI menokok AS$1.61 untuk ditutup kepada AS$99.60 di New York yang menyaksikan kenaikan tertinggi sejak Mei, tahun lalu. 

Minyak mentah Brent North Sea turut melonjak AS$1 kepada AS$104.00 setong dalam dagangan Amerika Syarikat. - AFP

Tiada ulasan: