10 Julai 2013

Ikon bola sepak Lionel Messi sertai kempen WeChat

1 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: WeChat, aplikasi komunikasi sosial mudah alih utama, telah melepasi 70 juta akaun pengguna berdaftar.
Bagi meningkatkan lagi momentum pertumbuhan yang kukuh, WeChat mengumumkan kempen global baharu yang memaparkan bintang bola sepak, Lionel Messi, yang turut menyertai kumpulan pemuzik, artis, ikon fesyen dan orang kenamaan, untuk berkongsi pengalaman WeChat mereka dengan peminat dan pengikuts

Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Tencent, Poshu Yeung, berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat teruja setelah mencapai 70 juta akaun pengguna berdaftar dalam masa yang singkat.
"Sebagai bintang bola sepak dan pengguna WeChat, Messi adalah personaliti yang sesuai untuk membantu kami terus meningkatkan kesedaran dan menyampaikan manfaatnya. "
Tencent adalah syarikat di sebalik aplikasi WeChat.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif global baharu ini, peminat boleh mengikuti akaun WeChat rasmi Messi, "MessiOfficial" yang akan termasuk video, mesej suara dan gambar daripada Messi.
WeChat secara konsisten menjadi aplikasi sosial mudah alih yang paling dimuat turun di banyak negara termasuk Malaysia, India, Mexico dan Filipina.
Popular di WeChat adalah berbual melalui suara dan video, berbual berkumpulan dan ciri-ciri berasaskan lokasi. - BERNAMA

Tiada ulasan: