10 Julai 2013

Warga MTT demo bantah tentera rampas kuasa Morsi


1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Seramai 600 warga Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman terdiri daripada pelajar dan gurunya berdemonstrasi secara aman sebagai tanda solidariti kepada Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang diguling oleh tentera.


Kumpulan warga MTT tersebut menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir serta mendesak kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan kudeta boneka Amerika.

Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal mendesak agar kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan kudeta tajaan Amerika di Mesir.



Katanya, rampasan kuasa kerajaan oleh tentera Mesir yang bersekongkol dengan pihak barat tidak dapat diterima oleh masyarakat dunia.



Sebab itu, kata Muzaihar seluruh umat Islam yang prihatin termasuk di negara ini wajar menentang konspirasi tersebut.



“Kami, warga MTT terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan sekolah amat tidak bersetuju dan menentang tindakan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan Islam Mesir di bawah Dr Mohamed Morsi.



“Ini tanda solidariti kita terhadap umat Islam dan jamaah Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir yang sedang dibunuh dan dizalimi oleh pihak yang memusuhi Islam,” tegasnya ketika berucap di hadapan para pelajar yang berdemonstrasi secara aman di pekarangan MTT, Kampung Tok Jiring, hari ini.



Menurutnya, seramai 600 pelajar, guru dan kakitangan MTT menyertai demontrasi aman itu sebagai tanda solidariti kepada Ikhwanul  Muslimin di Mesir.



Pada perhimpunan tersebut pelbagai sepanduk  dipamerkan antaranya ‘Kami bersama Presiden Mesir yang sah…Dr Morsi’, ‘Kembalikan Hak Rakyat’, ‘Ya Allah…Selamatkan Umat Islam Mesir’.



Antara pimpinan PAS yang hadir menyatakan sokongan ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.


harakah/-
.

Tiada ulasan: