10 Julai 2013

53 cedera letupan bom kereta di Beirut

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -


BEIRUT: Sebuah bom yang diisi dalam kereta meletup di selatan Beirut menyebabkan sekurang-kurangnya 53 cedera di kawasan kubu kuat pengikut Syiah Hezbollah, awal hari ini. 

Seorang saksi memberitahu, letupan berkenaan amat kuat, sehingga mencetuskan panik di kalangan penduduk sekitar. 

“Setiap orang cemas dan mereka lari menyelamatkan diri sebaik letupan berlaku," kata Carole Mansour, pemilik kedai kasut berhampiran kawasan letupan. 

“Asap tebal menyusul selepas itu," kata Mansour sambil menambah sebaik kejadian pengikut Hezbollah yang memakai pakaian awam terus dikerah untuk berkawal di lokasi letupan. - AFP 

Tiada ulasan: