31 Julai 2013

Lagi video hina umat Islam

22 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Lagi video hina umat IslamRakaman video individu berbaju Melayu menyambut Aidilfitri bersama anjing.

Kuala Lumpur: Satu rakaman video yang menular dalam internet memaparkan seorang individu yang menyambut Aidilfitri bersama anjing mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam.
Video itu yang menggunakan latar bunyi takbir raya menunjukkan individu terbabit menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya. 


Babak sensitif dan menghina Islam dalam video berkenaan bermula dengan aksi individu berkenaan memakai baju Melayu hitam membasuh kaki seekor anjingnya dan kakinya sendiri seolah-olah berwuduk. 


Individu terbabit kemudian meletakkan biskut raya di atas meja untuk dimakan tiga anjingnya.

Video berkenaan yang diakhiri dengan pesanan ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies, Warna dan Asal-Usul’ yang merujuk kepada manusia dan anjing.

Tinjauan  di laman sosial Facebook mendapati video itu disebarkan secara meluas dan mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.

Sebelum ini kotraversi berlaku bila penghinaan kepada Ramadhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan keturunan cina dan berakhir dengan mereka berdua didakwa di Mahkamah.

Tindakan tegas kepada siapa sahaja yang menghina agama orang lain termasuk Islam mestilah dilakukan mengikut undang-undang yang sedia ada. Ini termasuk beberapa individu Melayu yang telah menghina peribadi Nabi Muhamaad dalam FB nya.

Tiada ulasan: