12 Julai 2013

Zahid dicabar buktikan jenayah bekas tahanan EO


3 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan kenyataan bahawa 90 peratus jenayah di Malaysia dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).

Beliau berkata, Ahmad Zahid tidak perlu menunggu sehingga September untuk membentangkan statistik dan kajian penuh yang didakwa jika sudah membuat kajian dan memperoleh data.


“Kami hairan, kenapa beliau tidak dedahkan sekarang ketika sesi Parlimen sedang berjalan. Tidak ada masalah, beliau boleh sahaja memanggil sidang media bila-bila pun dan tidak perlu tunggu dua bulan untuk membuktikan ‘betapa wajarnya Ordinan Darurat itu diteruskan,” kata Pua dalam kenyataan.


Semalam, Ahmad Zahid mendakwa akan membentangkan statistik penuh daripada kajian terhadap jenayah yang berlaku pada sesi Parlimen akan datang untuk mewajarkan EO serta membolehkan polis meletakkan suspek ditahan tanpa bicara selama dua tahun.


Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu sangat bertentangan dengan apa yang didakwanya sendiri.


“Kalau ‘kajian’ itu wujud, sudah tentu 90 peratus penjenayah itu sudah boleh dikenal pasti, disiasat, ditahan dan didakwa.


“Tapi, kalau mereka ditahan dan disiasat, dan masih kurangnya laporan, jadi bagaimana mereka tahu jenayah masih berleluasa dan pihak polis masih memerlukan EO. Adakah menteri cuba memberitahu kita bahawa mereka mengenalpasti semua suspek bagi jenayah yang berlaku tetapi tidak mampu menahan dan mendakwa mereka,” tambah Pua.


Pada masa yang sama, Pua cuba membayangkan jika dakwaan Zahid yang menuduh kebanyakan penjenayah adalah bekas tahanan EO adalah benar, ia juga tetap bukan bermakna undang-undang zalim itu diperlukan.


“Ia akan hanya menunjukkan pihak polis tidak cekap!” ujarnya.

harakah/-

Tiada ulasan: