NAKHON SI THAMMARAT 28 Ogos - Para petani Thai yang kecewa dengan harga getah dan kelapa sawit yang rendah, mengadakan tunjuk perasaan sejak kelmarin dengan menyekat jalan utama dan laluan kereta api menuju ke Bangkok dari selatan Thailand.
Penunjuk perasaan menggunakan trak 18 roda dan ratusan motosikal serta membakar tayar bagi menyekat jalan raya dan landasan kereta api.
Pengarah Keretapi Thailand, Prapast Jongsanguan berkata, seramai 500 penumpang yang mana satu perempat daripadanya merupakan pelancong luar negara, terkandas di daerah Hatyai, Songkhla.
Beliau turut menambah, ketika ini mereka yang terkandas masih di bawah jagaan dan layanan kumpulan berkenaan.
Penunjuk-penunjuk perasaan turut bertindak menutup jalan utama dan laluan kereta api dari selatan ke kota Bangkok di kawasan simpangan Kampung Bantoon, daerah Cha-Uwad di wilayah Nakhon Si Thammarat. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan