28 Ogos 2013

Kenapa Afrika sasaran di Ridzuan Condo

21 Syawal 1434 H. [MOD] -

Tidak semua warga asing tidak dialu-alukan sebagai penyewa di Ridzuan Condominium, kata penduduk, menjelaskan rasa "tidak selesa" mereka dengan tindakan menerima warga Afrika di harta tanah di Bandar Sunway, Selangor itu.


Pihak yang diwawancara menyuarakan sokongan mereka terhadap keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang meminta 'warga Afrika' yang sedang menyewa meninggalkan tempat itu dalam masa tiga bulan.



Ia tidak senada dengan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa tindakan JMB yang dilapor melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika menghantar isyarat salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.



"Kami boleh terima orang Islam, Cina, Thai, Filipina, bahkan Pakistan dan Arab Saudi... Orang Asia tidak cetuskan masalah... kami boleh terima (semua orang) tetapi bukan warga Afrika," kata lelaki pertengahan umur yang hanya mahu dikenali sebagai Lim kepada pemberita di luar kondominium itu lewat semalam.



"Manusia biasa akan balik ke rumah dan tutup pintu, urusan masing-masing... kami tidak berkeliaran dan buat bising."



Sebuah portal berita semalam melaporkan, (JMB) kondominium tersebut memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: