15 Ogos 2013

ElBaradei letak jawatan Naib Presiden Mesir



8 Syawal 1434 H. [MOD] -


  • Mohamed ElBaradei
  • Mohamed ElBaradei

KAHERAH - MESIR,  Naib Presiden Mesir yang juga pemimpin pro-reformasi, Mohamed ElBaradei meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis menggempur dua kem penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi yang mencetuskan tragedi berdarah.


ElBaradei menghantar surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Sementera, Adly Mansour.

Satu salinan surat berkenaan dihantar melalui emel kepada The Associated Press (AP).

ElBaradei berkata, beliau tidak bersedia untuk bertanggungjawab walaupun 'setitik darah' mereka yang menjadi mangsa serangan terbaru pihak berkuasa itu dan memberi amaran keganasan akan terus menjadi buruk lagi

"Sukar bagi saya untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, saya tidak sanggup melihat walaupun setitik darah yang tumpah ekoran serangan terbaru di negara ini,” katanya.

Tambah ElBaradei, pertumpahan darah sebenarnya dapat dielakkan.

Malah ElBaradei  dalam satu temu bual televisyen dua minggu lalu, berkata bahawa beliau berulang kali memberi amaran kepada ketua tentera Abdel-Fattah El-Sisi dan ahli-ahli Majlis Pertahanan Nasional agar mencari jalan penyelesaian demi menangani krisis politik di negara itu.

"Saya percaya terdapat alternatif aman yang boleh diterima untuk menyelesaikan konfrontasi masyarakat demi mencapai pendamaian negara. Namun, keganasan bangkit keganasan. Ingat kata-kata saya, apa yang berlaku sekarang ini adalah kumpulan pelampau yang diwarisi,” jelas beliau.

Setakat ini, suasana semakin tidak menentu dalam kalangan populasi 84 juta orang tersebut - antara penyokong Mursi dan kumpulan yang menentang pentadbirannya.
Pihak pemerintahan semalam turut mengisytiharkan darurat apabila sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh selepas pasukan anggota keselamatan bertindak ke atas para penentang yang mahukan Mursi kembali berkuasa.

Anggota pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan dalam pertembungan dengan para penunjuk perasaan yang sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara di ibu negara dan kota-kota lain di Mesir.

Tiada ulasan: