8 Syawal 1434 H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ
:
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۚ قَالُوا۟ خَيْرًا
ۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ
ٱلَأخِرَةِ خَيْرٌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿النحل:٣٠﴾
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ
لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ
وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ
فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada
Allah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Kini kita berada di Jumaat kedua
bulan Syawal 1434H. Sudah lebih seminggu Ramadhan meninggalkan kita. Pada tahun
hadapan kita belum pasti akan bertemu dengan bulan Ramadhan lagi, mendapat
segala fadhilat dan keistimewaannya. Barangkali Allah SWT memanggil kita
terlebih dahulu. Kita juga tidak tahu dan tidak pasti apakah ibadah kita
sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT atau tidak. Ketidakpastian
inilah yang menyebabkan sebahagian Salafus Soleh berdoa selama enam bulan sejak
Syawal hingga Rabiul Awal agar ibadahnya selama bulan Ramadhan diterima, lalu
dari Rabiul Akhir hingga Sya'ban berdoa agar dipertemukan semula dengan bulan
Ramadhan tahun berikutnya.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Syawal bererti peningkatan. Oleh yang demikian,
seharusnya setelah berlalunya Ramadhan, diharapkan kita dapat mencapai darjat
ketaqwaan iaitu menjadi golongan Muttaqin. Semoga Syawal meningkatkan kualiti
diri dan ibadah kita. Ini adalah kerana kemuliaan seseorang hamba Allah itu
bergantung kepada ketaqwaannya. Firman Allah swt :
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُم
Sesungguhnya orang yang paling mulia
diantara kamu ialah orang yang paling bertaqwa… ( Al-Hujurat ayat
13)
Hadhirin jemaah yang dirahmati Allah,
Sebaliknya,
apa yang kita lihat dalam masyarakat kita, Syawal menjadi bulan penurunan.
Penurunan amal ibadah dan penurunan kualiti diri. Di antara penunjuk yang
paling jelas adalah perayaan Aidil Fitri disambut dengan perkara-perkara yang
melalaikan seperti muzik, tari menari, tayangan filem-filem di kaca televisyen
dan tempat-tempat hiburan dibuka semula. Manakala sifat-sifat buruk seperti
pembaziran, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, kemarahan, keegoan kembali
menjadi budaya serta berbagai maksiat yang dilakukan yang mana walaupun di bulan
Ramadhan yang lalu segalanya telah ditinggalkan. Begitu juga masjid-masjid dan
surau-surau menjadi sepi dari jamaah dan tadarrus Al-Quran. Sedangkan ini semua
berlawanan dengan semangat bulan syawal yang dianjurkan oleh Islam untuk
meningkatkan kualiti diri dan amal ibadah.
Hadhirin jumaat yang dirahmati Allah,
Keadaan
ini menunjukkan kepada kita, bahawa puasa orang yang demikian tidak berhasil
membawa seseorang kepada darjat ketaqwaan. Oleh yang demikian ibadah yang
berterusan atau istiqamah sahajalah akan menyelamatkan kita daripada bala Allah
SWT. Firman Allah dalam surah Hud ayat 112:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلاَ
تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير
Maka istiqamahlah kamu, sebagaimana
diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan
janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan.
Rasulullah saw juga bersabda dalam hadisnya :
عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Dari Aisyah radhiallahu Anha, bahawa beliau
berkata :Nabi SAW ditanya ; amalan yang
paling dicintai Allah adalah yang terus menerus meskipun sedikit - hadis riwayat Imam Bukhari
Maka amalan yang biasa kita lakukan di bulan Ramadhan, hendaklah diteruskan dalam bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Semua amal ibadat seperti membaca Al-Quran, solat malam seperti sunat tahajjud dan witir, infaq dan sedekah janganlah ditinggalkan. Begitu juga nilai keimanan dan keikhlasan kita yang mantap dalam bulan Ramadhan yang lalu juga hendaklah dipertahankan dan dipertingkatkan.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Walaupun tidak banyak amalan khusus di
bulan Syawal dibandingkan bulan-bulan yang lain, tetapi, Allah telah memberikan
kesempatan dan peluang kepada kita iaitu ibadah khusus puasa dalam bulan Syawal.
Ibadah puasa Syawal ini juga dapat mengubat rindu kita kepada bulan Ramadhan
dan seterusnya merupakan satu cara meningkatkan kualiti diri kita dalam bulan Syawal.
Manakala keistimewaan puasa sunnah ini adalah, kita akan diberi ganjaran dengan
pahala satu tahun jika kita mengerjakan puasa enam hari di bulan ini setelah
sebulan penuh kita berpuasa Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabda:
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ
أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ
ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Daripada
Abu Ayub Al-Ansori Radhiallahu Anhu bahawa beliau menceritakan bahawa Nabi SAW
bersabda ; Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan
enam hari di bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa setahun.
-Hadis Riwayat Muslim
Hadhirin yang dirahmati Allah,
Menurut Sayyid Sabiq di dalam kitabnya
Fiqh Sunnah, menurut pendapat Imam Ahmad, puasa Syawal boleh dilakukan secara
berurutan dan boleh juga tidak berurutan. Dan tidak ada keutamaan cara pertama
dari cara kedua. Maka, bagi kita yang belum melaksanakan puasa Sunat Syawal,
kita masih ada kesempatan untuk mengerjakannya. Namun begitu kita tidak boleh
berpuasa khusus di hari Jumaat tanpa mengiringinya dengan turut berpuasa di
hari Khamis atau Sabtu kerana adanya larangan Rasulullah daripada berbuat
demikian.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Sebenarnya Syawal pernah menjadi bulan
perjuangan ummat Islam bagi menentukan agama Allah ditegakkan. Pada bulan
Syawal berlakunya perang Ahzab atau Khandak yang berlaku pada tahun ke-5
hijrah. Dalam peperangan tersebut gabungan tentera kuffar bersekutu telah menyerang
orang Islam. Dengan kebijaksanaan strategi Islam dan pertolongan Allah maka
Islam dapat menewaskan tentera bersekutu kuffar. Belum selesai isu
penyembelihan ummat Islam oleh Puak Syiah di Syria, kini Umat Islam di Mesir
pula dibunuh beramai-ramai oleh puak perampas kuasa. Dunia hari ini sudah tidak
lagi melihat Ramadhan dan Syawal sebagai bulan keramat bagi Umat Islam. Mereka
tidak pernah mengambil kira di bulan apakah mereka mahu mengganyang Umat Islam
lantaran kita seolah-olahnya sudah tidak lagi mampu berbuat apa-apa.
Pemimpin-pemimpin Negara Islam masih lagi bersengketa dan menyimpan syak
wasangka sesama mereka sehingga musuh Allah mengambil kesempatan ke atas kita.
Yahudi dan Nasrani sudah tidak perlu lagi bertindak kejam ke atas Umat Islam
kerana tugas itu telah di ambil alih oleh pemimpin Negara Islam itu sendiri.
Kerana bimbangkan kehilangan kuasa mereka jika rakyat kembali kepada Islam
mereka sanggup meminta bantuan musuh Islam untuk menekan dan membunuh rakyat
mereka sendiri.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah kedua
اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ
عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا
بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
(فصلت :30)
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ
وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ
فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Para jemaah yang dirahmati Allah,
Allah swt menyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi :
Sesungguhnya orang-orang yang
mengatakan: "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka istiqamah, maka
malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut
dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (Surah Fushilat :
ayat30)
Muslimin yang dirahmati Allah,
Tidak ada
apa yang mampu kita lakukan bagi membantu saudara kita di Mesir dan Syria
kecuali berdoa dan menyumbang bantuan. Bantuan boleh disalurkan kepada
badan-badan yang melaksanakan misi membantu mereka yang begitu banyak di
seluruh Negara. Namun begitu bantuan yang paling besar yang pasti mampu
dilaksanakan oleh semua Umat Islam adalah berdoa dan bermunajat kepada Allah.
Jadikanlah doa di akhir khutbah nanti sebagai doa harian kita setiap kali
selepas sembahyang. Perbanyakkanlah bacaan Qunut Nazilah kerana ianya adalah
sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah tatkala menghadapi musibah.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ
الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى
اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ
عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ
بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا
هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه
اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya
Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat
Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat
Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat
dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara
mereka.
Ya
Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah
kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang
mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum
terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama
saudara seagama ini.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى
الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ،
وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم
تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ،
وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ
فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا
تَصْنَعُونَ.
DOA QUNUT NAZILAH
Doa
ini hendaklah dibaca pada setiap rakaat akhir solat fardhu selepas ruku’.
اللّهمّ
إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ،
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ
عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ
بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا
هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
** Jika sekiranya imam tidak menghafaz doa ini, maka
hendaklah dibaca bacaan qunut biasa pada setiap rakaat akhir solat fardhu selepas ruku’ dan
membaca doa qunut nazilah ini selepas selesai solat.
Disediakan
Oleh :
SF Abdul
Farid Salleh
Imam Besar,
Negeri
Perak Darul Ridzuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan