03 September 2013

478,848 Calon UPSR Duduki Peperiksaan Tahun Ini

27 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 478,848 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan menduduki peperiksaan bertulis mulai 10 hingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seleruh negara.

Kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia pada Isnin menyebut, daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.
"Seramai 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik dan calon diingatkan untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi," katanya.
Menurut kenyatan itu, jadual waktu peperiksaan telah diedar ke sekolah danboleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.
"Calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan urusan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: