23 September 2013

Dua beralih tempat, satu muka baru di Arau

16 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Mohd Shukri Ramli (kanan) akan menerajui PAS Kawasan Arau bagi sesi 2013-2015 selepas menang tanpa bertanding jawatan Yang Dipertua pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 baru-baru ini.

Sementara itu, penyandang jawatan Yang Dipertua, Rus'sele Eizan (kiri) pula beralih tempat ke jawatan Timbalan Yang Dipertua, juga tanpa bertanding.  Jawatan tersebut dahulunya disandang  Mohd Shukri.



Bagi jawatan Naib Yang Dipertua pula, muka baru dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Dalam pertandingan empat penjuru,  Zulmi Sabri telah mendapat undi terbanyak.


Mesyuarat Agung PAS kawasan Arau pada tahun ini diadakan di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam dekat sini dan dirasmikan oleh  Ahli Jawatankuasa  PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.

Harakahdaily

Tiada ulasan: