18 September 2013

Hadi: Tak betul jika abai hak kaum lain

12 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata langkah menyalurkan bantuan kepada golongan bumiputera sahaja adalah satu tindakan tidak betul.

Katanya, PAS menganjurkan dasar negara berkebajikan dan bantuan seperti itu perlu diagihkan sama rata kepada semua kaum.



"Tak betul (dasar bantuan) atas nama hak bumiputera tapi abaikan hak orang lain,” katanya lagi.

Katanya, isu bahawa masyarakat bumiputera lebih banyak ketinggalan dari segi ekonomi sememangnya difahami.

Namun, konsep tersebut harus adil kepada semua, tegasnya dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Beliau turut diminta menyatakan pandangan berhubung kenyataan bahawa langkah kerajaan untuk membantu bumiputera itu dibuat mengikut perlembagaan.
Mengulas perkara itu, Hadi berkata hak rakyat Malaysia juga penting.

Harakahdaily

Tiada ulasan: