02 November 2013

Kepala kereta api penumpang Hadyai-KL terbakar di Kuala Kangsar

28 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR: Kepala kereta api penumpang Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB)dari Hadyai, Thailand ke Kuala Lumpur terbakar berhampiran jambatan kereta api Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Enggor, dekat sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, kepala kereta api yang membawa gerabak dengan 442 orang penumpang, tiba-tiba terbakar sebelum pasukan bomba dan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran itu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata bagaimanapun tiada kakitangan KTMB atau penumpang yang cedera atau maut. 

"Semua penumpang dibawa ke Stesen Keretapi Kuala Kangsar manakala kepala kereta api itu ditarik ke Stesen Keretapi Sungai Siput," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 


Katanya, semua penumpang meneruskan perjalanan ke ibu negara menggunakan kepala keretapi gantian tidak lama kemudian.BH/-

Tiada ulasan: