02 November 2013

Seorang maut lelaki lepas tembakan di lapangan terbang Los Angeles

28 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Penumpang yang terkandas menunggu di luar Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles akibat pembatalan dan penangguhan penerbangan ekoran tindakan seorang lelaki bersenjata yang telah melepaskan tembakan rambang, di Los Angeles, Jumaat. Dalam kejadian itu, seorang agen keselamatan terbunuh dan tujuh yang lain tercedera. -foto AFP

LOS ANGELES: Seorang lelaki melepaskan tembakan dengan rifel di Lapangan Terbang Antarabangsa (LAX) hari ini menyebabkan seorang ejen keselamatan terbunuh, manakala tujuh lagi cedera. 

Keadaan itu mencetuskan suasana panik di kalangan orang ramai dan penumpang di lapangan terbang berkenaan yang sedang sibuk, kira-kira jam 9 pagi. 


Suspek yang melepaskan tembalan dikenali sebagai Paul Anthony Ciancia, 23, yang melepaskan tembakan ketika melintasi pusat pemeriksaan keselamatan sebelum berbalas tembakan dengan polis. 

Motif serangan masih tidak jelas tetapi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berkaitan pengganas. 


Lelaki yang melepaskan tembakan kini dalam keadaan kritikal di hospital. 


"Penembak masuk ke dalam Terminal Tiga dan mula melepaskan tembakan dari rifel. Dia kemudian berada di kawasan pemeriksaan penumpang dan terus melepaskan tembakan," kata Ketua Polis lapangan terbang, Patrick Gannon. 


Pejabat Keselamatan Lapangan Terbang kemudian mengesahkan seorang kakitangannnya terbunuh dalam kejadian itu. - AFP 

Tiada ulasan: