21 Januari 2014

5 lelaki kes tembak rambang diberkas

19 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KOTA KINABALU - Polis Sabah telah menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menembak secara rambang sehingga merosakkan 46 premis di sekitar bandar raya ini pada malam 10 dan 11 Januari lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.


Beliau berkata, kesemua lelaki berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan pasukan khas yang menjalankan Ops Cermin bagi menyiasat insiden itu.

Katanya, dua daripada lima lelaki itu telah dibebaskan manakala tiga lagi masih ditahan reman.
"Kita juga telah merampas satu senapang angin dalam operasi itu. Pihak polis memandang berat kes seumpama ini menyebabkan kita terus tubuh pasukan khas bagi menangani kes ini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Kosmo


Tiada ulasan: