06 Februari 2014

Bapa hadapi tuduhan bunuh, cubaan membunuh tiga anak perempuan di Bangi

6 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KAJANG: Seorang bapa yang masih dirawat di Hospital Kajang kerana mengalami kecederaan, hari ini didakwa atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh tiga anak perempuannya, di Bandar Baru Bangi, minggu lalu.

Majistret Abdul Jalil Salam yang diiringi jurubahasa mahkamah tiba di wad lelaki untuk membacakan tuduhan terhadap Norazaman Mohammad, kira-kira jam 11.38 pagi. 


Hadir sama peguam bela, Nasar Khan, Timbalan Pendakwa Raya, S Abirami dan Pegawai Penyiasat, S Suresh. 


Dalam kejadian itu, anak bongsu dari enam beradik berusia tujuh tahun maut selepas disembelih bapanya, manakala dua lagi kakaknya parah akibat ditetak lelaki berkenaan di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. BH/-

Tiada ulasan: