PUTRAJAYA: Rayuan terakhir bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang sepatutnya didengar hari ini di Mahkamah Persekutuan ditangguhkan ke tarikh lain.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Mahkamah Persekutuan, Mohd. Aizuddin Zolkeply kepada pemberita di sini, sebentar tadi.
Katanya, kes rayuan itu ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan tarikh baru akan ditetapkankemudian oleh mahkamah.
Mohamad Khir pada 1 Jun tahun lalu memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan hukuman penjara 12 bulan ke atasnya selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam yang bernilai jutaan ringgit. BH/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan