06 Februari 2014

Penduduk Pasir Mas Rasai Pengalaman Kesejukan

6 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KOTA BARU: Penduduk di sekitar Pasir Mas kini merasai pengalaman baru iaitu berada dalam cuaca sejuk.
Tinjauan di daerah itu pada pagi Khamis mendapati rata-rata pelajar sekolah memakai jaket sehingga ke dalam kelas.
"Sekarang cuaca sejuk pada setiap pagi dan ia akan berterusan selama beberapa jam, sebab itu saya memakai jaket ke sekolah. Sebelum ini saya hanya berasa sejuk pada musim tengkujuh," kata Nurul Masturina Husna Mohamad pelajar tahun enam.
Seorang penduduk, Razali Che Kob, 38, berkata, suhu di kawasan itu kini turun kepada 17°C pada pagi Rabu.

"Saya berasa sejuk pagi semalam dan ingat telah selsema, tetapi apabila jiran juga berkata perkara sama barulah saya sedar bahawa suhu telah turun.
"Pelajar yang keluar ke sekolah pada pagi hari juga menyatakan perkara sama," ujarnya.
Sesetengah penduduk di daerah ini dilihat memakai jaket sehingga pukul 9.30 pagi kerana kesejukan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi melaporkan suhu yang dicatatkan di Kuala Krai pada bulan lalu adalah 17.2°C dan mejadikannya di kedudukan kedua selepas Cameron Highland di Pahang iaitu 12°C.
Catatan suhu di Kuala Krai pada Rabu pula serendah 19.1°C sebelum meningkat sehingga 29.2°C. Di Kota Bharu suhu dicatatkan adalah serendah 21°C dan naik sehingga 27.9°C.
mStar/-

Tiada ulasan: