22 Februari 2014

Beberapa Jalan Di KL Ditutup Ahad Ini

22 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu kota akan ditutup bagi memberi laluan kepada larian amal 'International Customer Experience Charity Run 2014 (ICE RUN 2014), Ahad ini.

Presiden Pertubuhan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) Mohd Irwan Rizal berkata jalan terbabit akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 9 pagi.

"Laluan yang terlibat adalah sebahagian Jalan Ampang; sebahagian Jalan Sultan Ismail; sebahagian Jalan Raja Chulan; Jalan P.Ramlee; Jalan Kia Peng; Jalan Binjai; sebahagian Jalan Tun Razak dan Jalan Yap Kwang Seng," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Mohd Irwan berkata larian itu membabitkan jarak sejauh 10 kilometer yang akan bermula dan berakhir di lokasi sama iaitu di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) di Jalan Ampang.
ICE RUN 2014 dianjurkan bagi menggalakkan anggota CCAM yang terdiri daripada badan korporat dan masyarakat awam meluangkan masa melibatkan diri dengan aktiviti sihat.
BERNAMA

Tiada ulasan: