22 Februari 2014

Wayne Rooney Tandatangani Perjanjian Baru Dengan Man United

22 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
LONDON: Kurang setahun menolak untuk meninggalkan Manchester United, Wayne Rooney komited terhadap masa depannya dengan melihat dari segi jangka panjang dan menandatangani kontrak baru yang lumayan sehingga Jun 2019, Jumaat.

Masa depan penyerang berusia 28 tahun ini di United seolah-olah tidak dapat ditentukan sejak Chelsea cuba untuk mendapatkannya pada tahun lepas.

Dia mempunyai hanya 18 bulan baki dalam perjanjian untuk berada di Old Trafford sekarang.
Tetapi Rooney kini dilihat bersedia untuk menamatkan kerjayanya sebagai pemain di kelab itu yang disertainya sejak 2004 selepas menandatangani kontrak baru, dilaporkan bernilai sehingga 300,000 pound (AS$ 501,000) seminggu.
Perjanjian itu menjadikan Rooney sebagai pemain Liga Perdana Inggeris yang menerima bayaran tertinggi.
Pada musim pertama sejak David Moyes menggantikan Alex Ferguson, United berada di kedudukan ketujuh dalam liga dengan 12 baki perlawanan, 11 mata dari kedudukan keempat kelayakan Liga Juara-Juara.
"Ia bukan satu kebimbangan besar bagi saya," kata Rooney di laman web peribadinya.
"Ini kerana saya tahu arah kelab ini dan jika kita tidak berjaya pada musim ini kita akan kembali lebih kuat dan menuntut tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.
"Jangan lupa bahawa kita masih mempunyai peluang tahun ini. Sebahagian daripada pasukan lain bermain dengan baik, tetapi kita mempunyai skuad yang kuat di sini dan jika kita positif pada musim ini tiada siapa tahu apa yang boleh berlaku."
UNJURAN GAJI ROONEY
£15.6 juta setahun
£1.2 juta sebulan
£300,000 seminggu
£43,000 sehari
£1,800 sejam
£30 seminit
50 sen sesaat
mStar

Tiada ulasan: