08 Mac 2014

Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)

6 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

Tugu peringatan trgedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang yang diabdikan sehingga kini.
SEBELUM pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang dari radar pada awal pagi Sabtu, 8 Mac 2014, MAS hanya mencatatkan satu tragedi yang menyayat hati iaitu insiden di ruang udara Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada Isnin 4 Disember 1977.

Ia merupakan tarikh yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dan mengorbankan kesemua 93 penumpangnya termasuk tujuh anak kapal itu.
Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlaku letupan di udara sebelum ia terhempas dan versi satu lagi berlaku pergelutan di dalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor itu.
Kesan kebakaran akibat pesawat terhempas di Tanjung Kupang.
Rangka pesawat Boeing 737 itu bertaburan sekitar dua kilometer persegi.
Untuk rekod, kawasan itu kini diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
Keratan akhbar yang menggambarkan suasana pilu berikutan tragedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang pada 1977.
Tragedi yang berlaku 33 tahun lalu itu turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.
Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang itu.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang.
Kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib itu berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang.
Pesawat itu sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Tetapi kemudian pesawat itu tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh para perampas supaya terus menuju ke Singapura.
Pesawat itu hilang dari radar pada jam 8.15 Ia kemudiannya disahkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.
Kesemua mangsa yang terkorban yang berjaya ditemui kemudiannya disemadikan di dalam satu liang lahad yang besar.
Mstar/-

Tiada ulasan: