08 Mac 2014

Travelog Idham Lim (7)

6 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
9. Kenangan dulu2....gambar rumah ini mengamit seribu kenangan dalam hidup ini. Antaranya di dalam bilik(atas sebelah kanan) inilah saya banyak belajar tentang Islam secara senyap-senyap dan curi-curi sebelum saya mengucap dua kalimah syahadah.

Rumah kedai ini terletak di kampung Banggol Telipot Pasir Puteh Kelantan. Saya mula tinggal pada akhir 1981 selepas habis peperiksaan SPM di Sek Men. Jelawat Bachok. Mulanya kesini dengan tujuan untuk belajar menaip di bandar Pasir putih. Selepas itu saya belajar di IKM Machang bila keputusan SPM tidak memuaskan. Dari rumah kedai ini saya berulang dengan bas ke machang setiap hari.

Akibat minat yang timbul untuk mengetahui lebih banyak mengenai Islam saya secara senyap-senyap menggunakan wang yang saya simpan untuk membeli senaskah Al Quran terjemahan . Selain itu pada masa itu zaman tahun 80an adalah masa dimana majalah berunsur Islam beredar dengan luas hasil dari kegigihan Jemaah Al Arqam.

Antara yang saya Ingat saya sering membeli majalah Al Qiadah . Didalam bilik inilah saya gunakan masa yang ada untuk memahami lebih banyak mengenai Islam.

Selain itu kebetulan saya juga meminati bermain gitar. Sampai hancur hujung jari dibuatnya untuk pandai bermain gitar. Gitar kapok itulah menjadi teman dimasa kesunyian. Semasa saya meninggalkan keluarga antara barang yang saya tidak sempat ambil ialah gitar kesayangan penuh kenangan itu.

Saya sempat mengambil Al Quran dan Buku buku agama lain . Tak apalah gitar kesangan tidak tahu kemana selepas saya meninggalkan bilik ini kerana saya telah memiliki Islam yang maha benar.

Apabila saya balik menziarahi keluarga angkat yang duduk diseberang rumah bersejarah ini. Saya teringin sangat untuk naik kembali ke bilik itu. Saja nak lihat suasana di dalamnya. Status rumah ini telah berpindah tangan kepada seorang Melayu yang di jual dengan harga sekitar 20 ribu sahaja. Nampaknya saya tidak berpeluang lagi untuk jenguk keadaan bilik itu.

Selepas masuk Islam pada 25 september 1985. Saya masih berulang balik keeumah ini dan berjaya merahsiakan status saya telah masuk Islam. Disinilah saya menunaikan ibadah solat pada awal masuk Islam.

Dalam bilik ini juga saya banyak membaca buku buku agama yang lain untuk lebih memahami Islam.

Disinilah saya bermimpi satu mimpi aneh yang mendorong saya untuk masuk Islam...ceritanya saya tulis secara khusus nanti mengenai mimpi.

Termasuklah saya akan menulis mengenai mimpi saya bertemu dengan Rasulullah selepas saya masuk Islam....Allahu Akbar...

Bersambung...

Tiada ulasan: