31 Mei 2014

Risalah rasis disebar untuk takutkan pengundi pro-DAP

2 Sya'aban 1435. [MOD] -
  • Pelbagai risalah yang mengandungi mesej perkauman dari pihak tak dikenali disebarkan di Teluk Intan dalam tempoh 24 jam ini dari apa yang dilihat sebagai tindakan menakutkan pengundi daripada menyokong calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
    Ini termasuk risalah yang memaparkan seekor panda gergasi berkata "Balik Cina", membalas soalan dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dipaparkan menyoal "Apa you mau lagi?"

    Dalam sidang media terakhir DAP hari ini, pemimpin veterannya Lim Kit Siang berkata risalah itu didapati di pelbagai tempat seolah-olah menunjukkan ada pihak tertentu dibayar untuk menyebarkannya.

    Lim, sambil memegang risalah panda itu berkata panda itu memang mahu pulang ke China tetapi tidak Cina Malaysia

    "Hishamuddin bertanya kepada panda, apa lagi yang anda mahu, dan panda itu nak balik China. Tentulah panda itu mahu balik China.

    "Cina di Teluk Intan dan Malaysia telah ditanya ini lagi. Kami tak mahu balik ke China. Kami bukan panda," kata Lim.

    "Pemimpin Umno terus bertanya apa lagi yang Cina mahu. Mereka meragui sumbangan Cina negara ini."

Tiada ulasan: