25 Jun 2021

UMMAH sokong penuh JAKIM tubuh Task Force bersepadu menangani isu penghinaan agama dan promosi hidup LGBT.

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) meneliti kenyataan media yang dibuat oleh YBTM Agama Datuk Marzuk Shaary pada 24 Jun 2021, yang terkait dengan isu penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT yang berleluasa sempena bulan Jun yang diangap sebagai 'Gay Pride Month'.
2. Sehubungan itu UMMAH menyokong penuh ketetapan dan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Task Force secara bersepadu diantara agensi yang terlibat iaitu KKMM, Jabatan Peguam Negara dan PDRM bagi melaksanakan tindakan tegas dan segera bagi menangani isu agama secara umum dan promosi gaya hidup LGBT di media sosial.
3. UMMAH menegaskan sudah sampai masanya pihak JAKIM mempercepatkan cadangan pindaan Akta Tatacara Jenayah Syariah 1997, Akta 560 bagi membolehkan tindakan undang-undang dilaksanakan kepada mana-mana pihak yang menghina agama dan mempromosi gaya hidup sonsang LGBT.
4. Ini bertujuan bagi menjamin kesucian Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, dan juga menjaga keharmonian agama dan kaum bagi memperkukuhkan perpaduan nasional dalam negara ini.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
25 Jun 2021.

Tiada ulasan: