07 Julai 2021

TIADA MAAF, TIADA SIAPA YANG KEBAL UNDANG-UNDANG, UMMAH TUNTUT SIASATAN DITERUSKAN KEATAS LIM KIT SIANG

.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempersoalkan bahawa ‘kerajaan Allah’ sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada Covid-19” akhirnya dengan rasmi membuat permohonan maaf.
Perlu diingatkan permohonan maaf ini dilakukan dalam keadaan pelbagai pihak melahirkan rasa marah dan tidak puas hati atas kenyataan yang begitu biadab dan menyentuh perasaan umat Islam di Malaysia.
Tindakan mempersendakan agama Islam oleh siapapun akan membangkitkan perasaan marah penganutnya.
UMMAH sekali lagi menegaskan tulisan Lim Kit Siang adalah satu penghinaan ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan serta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana ia mengembangkan permusuhan dan kebencian antara golongan penduduk yang berlainan agama di Malaysia serta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Oleh itu UMMAH menuntut supaya siasatan keatas Kit Siang tetap dilakukan oleh pihak Polis dan permohonan maaf yang beliau buat bukannya alasan untuk menghalalkan tindakan menyalahi undang-undang yang dilakukan.
KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Agung,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
7 Julai 2021

Tiada ulasan: