07 Julai 2021

UMMAH SOKONG KPN GERAKKAN PGA AWASI KETENTERAMAN AWAM DI RAUB


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong penuh tindakan Ketua Polis Negara (KPN) yang telah mengerakkan Pasukan Gerak Am (PGA) bagi menjaga ketenteraman awam berkaitan operasi penguatkuasaan di lokasi Hutan Simpan Kekal (HSK) Raub yang menjadi pertikaian panas diantara pekebun haram musang king dengan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Pahang dan Pejabat Tanah dan Daerah Raub.

Ini akibat daripada perbuatan menghalang, menghasut, membuat provokasi dan menghina penjawat awam secara keterlaluan dan biadap yang dilakukan oleh pemimpin politik DAP Kebangsaan YB Roonie Liu bersama pekebun haram musang king semasa operasi dilaksanakan beberapa hari lepas.
UMMAH menyokong penuh tindakan tegas kerajaan negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Pahang dan Pejabat Tanah dan Daerah Raub dan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang dan menjamim keselamatan dan ketentetaman awam.
Semua pihak samada rakyat mahu pemimpin hendaklah mematuhi kedaulatan undang-undang dinegara ini.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi,
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
7 Julai 2021

Tiada ulasan: