06 Julai 2021

PERMAINAN POLITIK MELAMPAU LIM KIT SIANG, MENGHINA PENGERTIAN ‘KERAJAAN ALLAH’

 

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘De Facto’ DAP, Lim Kit Siang yang secara jelas dan terang-terangan telah menghina pengertian 'Kerajaan Allah' sebagaimana tulisannya ;

If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.

Apa motif dan tujuan beliau menulis sedemikIan ?

Tahukah akibat daripada tulisan beliau yang sedemikian telah menguris perasaan jutaan ummat Islam majoriti dinegara ini ?

Mengapakah beliau sanggup menyentuh sensitiviti agama Islam dengan mengaitkan situasi pandemik covid dan politik pada hari ini ?

Sebenarnya perbuatan beliau sudah sangat melampau dan keterlaluan !!

Inilah tindakan mempolitikkan agama, cuba mengelirukan dan membuat provokasi agama Islam dengan tulisan yang mempersenda dan yang melampaui batas.

Perbuatan ini tidak dapat diterima oleh ummat islam dinegara ini !

Ummah menyeru ummat Islam, pemimpin NGO dan pemimpin masyarakat dinegara ini, membuat bantahan terhadap kenyataan yang biadap ini.

Ummah juga menyeru pihak berkuasa, para Mufti dan Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang keras terhadap kenyataan yang menghina, dengan membuat tafsiran mempersenda Islam secara terbuka yang boleh membawa natijah memesongkan agama Islam dinegara ini.

Islam adalah agama persekutuan didalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menjaga kesucian agama Islam adalah tanggungjawab para Mufti dan Raja Raja Melayu.

Jelas, kenyataan Lim Kit Siang cuba mewujudkan kesangsian, mempersenda, memperlekehkan, memfitnah dan menyeleweng pernyataan ' Kerajaan Allah' kerana berbeza fahaman politik.

Ini adalah bukti betapa biadabnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan betapa halusnya permainan politik DAP untuk menanamkan kebencian dan membawa idealisme liberal dan kebebasan pemikiran dari keimanan umat Islam.

Permainan politik melampau, kebencian serta mempermainkan sentimen agama Islam merupakan agenda politik DAP yang pasti ditolak oleh ummat Islam dinegara ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
6 Julai 2021

Tiada ulasan: