06 Julai 2021

UMMAH SERU UMAT ISLAM LAPOR POLIS KE ATAS LIM KIT SIANG'


KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG UMMAH/6 JULY 2021

Saya hadir di IPD Bagan Serai pada jam 10.12 pagi ini membuat Laporan Polis terhadap Lim Kit Siang yang UMMAH anggap jelas mempersenda dan menghina Allah dah agama Islam.

Isi kandungan laporan saya sebagai berikut :

1. Pada jam 9.00 malam hari Isnin, 5 Julai 2021, waktu saya berada di rumah beralamat  _ saya membaca tulisan seorang individu bernama Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang disebarkan melalui Facebook dan blog beliau.:

https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/

2. Tulisan beliau itu adalah berbunyi bertajuk “If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government”.

3. Tulisan beliau itu membawa makna jika “kerajaan Allah” adalah bentuk kerajaan terbaik dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia berada pada tempat erakhir dalam indeks kenormalan global the Economist di bawah Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam dan Taiwan yang tidak boleh mendakwa mereka adalah “kerajaan Allah”.

4. Saya percaya tulisan Lim Kit Siang ini adalah satu penghinaan ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan serta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana ia mengembangkan permusuhan dan kebencian antara golongan penduduk yang berlainan di Malaysia serta merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 

5. Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atasnya.

6. Sekianlah laporan saya.

Sehubungan dengan itu saya mengarahkan semua UMMAH negeri dan jaringan NGO dibawah UMMAH untuk membuat laporan yang sama pada hari ini.

Umat Islam juga hendaklah sensitif dan bangkit untuk mempertahankan Islam dari semudahnya dipersenda oleh individu yang tidak bertangging jawab.

UMMAH juga menyeru umat Islam untuk turut bangkit bersama kami untuk membuat laporan polis pada hari ini.

UMMAH sekali lagi membuat penegasan bahawa  kami akan sentiasa  akan bangkit untuk mempertahan Islam, Raja-Raja Melayu dan pelbagai perkara lain yang berkaitan dengannya.


KHALIL IDHAM LIM

Setiausaha Agung

Gerakan Pembela Ummah(UMMAH).

6 July 2021


Tiada ulasan: