08 Ogos 2021

Boleh solat di masjid bagi individu lengkap dua dos

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan individu lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat di masjid dan surau, bermula Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah dua minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

"Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang selepas selesai solat.

"Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat mesti menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenaan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap, hari ini.

Tiada ulasan: