08 Ogos 2021

OLIMPIK: Azizulhasni hadiah perak untuk negara

 Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (tengah) selepas memenangi saingan saringan kedua separuh akhir acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, sebentar tadi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.

Pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.

Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016.

Tiada ulasan: