07 Ogos 2021

Kibarkan Jalur Gemilang

 Warganegara bersumpah setia untuk mempertahankannya sehingga akhir hayat.

Warganegara bersumpah setia untuk mempertahankannya sehingga akhir hayat.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat Malaysia dapat menterjemahkan solidariti dengan mengibarkan Jalur Gemilang, sempena bulan kemerdekaan sebagai tanda bersatu-padu melawan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya melalui semangat cintakan negara yang sentiasa diperteguh, negara akan dapat mengekalkan kehidupan yang harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati dalam kalangan rakyat walaupun berlainan kaum, agama dan latar belakang.

"Saya sedar kita masih berada dalam tempoh yang agak mencabar susulan wabak COVID-19.

"Bagaimanapun, saya yakin saudara dan saudari mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi dan dapat mengambil iktibar serta aspirasi daripada kepentingan meraikan bulan bersejarah ini yang menyaksikan negara kita mencapai kemerdekaan.

"Kita dilahirkan di tanah air ini dan menjadi sebahagian warganegara yang bersumpah setia untuk mempertahankannya sehingga akhir hayat kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, hari ini.

BH/-

Tiada ulasan: