07 Ogos 2021

OLIMPIK: Shah bangkit dari kemalangan mara suku akhir

 Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh dalam perlumbaan peringkat saringan keirin pada temasya sukan olimpik Tokyo 2020 di Veledrom Izu, Shizuoka hari ini. - Foto BERNAMA

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh dalam perlumbaan peringkat saringan keirin pada temasya sukan olimpik Tokyo 2020 di Veledrom Izu, Shizuoka hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua acara keirin di Velodrom Izu, Tokyo bangkit mempamerkan kebangkitan menakjubkan di perlumbaan repechages pertama, sebentar tadi.

Shah yang mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri turut berdepan detik cemas apabila turut mengalami pelanggaran dengan seorang daripada peserta di pertengahan saingan, namun berjaya mempamerkan kebangkitan dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Turut mara daripada saingan repechages pertama berkenaan adalah pelumba Trinidad and Tobago, Kwesi Browne yang mengungguli perlumbaan.

Turut mara ke suku akhir adalah Datuk Azizulhasni Awang yang mengungguli saringan ketiga.

Menempah tiket sama daripada acara saringan itu adalah pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul.

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kiri) bersaing sengit dengan wakil Perancis, Sebastien Vigier (tengah) dan atlet Trinidad and Tobago, Kwesi Browne pada perlumbaan repechages pertama acara keirin Sukan Olimpik 2020 di Veledrom Izu, Jepun. - Foto AFP

Tiada ulasan: