03 September 2021

Abdul Ghani Baradar bakal ketuai kerajaan baru Afghanistan

 Ketua politik Taliban, Abdul Ghani Baradar. - Foto AGENSI

Ketua politik Taliban, Abdul Ghani Baradar. - Foto AGENSI

MOSCOW: Ketua politik Taliban, Abdul Ghani Baradar akan mengetuai kerajaan Afghanistan yang baru, lapor Sputnik.

Reuters melaporkan hari ini, dengan memetik sumber-sumber dalam Taliban, bahawa Mullah Mohammad Yaqoob, anak lelaki pengasas gerakan Taliban, dan jurucakap Taliban, Sher Mohammad Abbas Stanikzai akan menduduki jawatan kanan dalam kerajaan.

Satu sumber dalam Taliban memberitahu Sputnik pada 31 Ogos bahawa Abdul Ghani dilantik sebagai menteri luar negeri, sementara Mullah akan menjadi menteri pertahanan. - BERNAMA

Tiada ulasan: