28 Oktober 2021

Barisan Nasional kena kompaun RM10,000, libatkan kesalahan penganjuran majlis sosial

 

PETALING JAYA: Pejabat Kesihatan Kepong mengeluarkan kompaun RM10,000 terhadap Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut kenyataan di Facebook Kementerian Kesihatan, kompauan itu melibatkan penganjuran majlis sosial.

Dalam penyata kompaun tersebut, BN didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bertarikh 27 Oktober 2021 pada pukul 8.34 malam.

Kesalahan itu menyebut gagal memastikan penjarakan fizikal yang merupakan arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Malam tadi, BN melancarkan jentera BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Dalam program itu, BN membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

UTUSAN.

Tiada ulasan: