28 Oktober 2021

Pencuri ditanam hidup-hidup oleh penduduk kampung di Garut

 

: PIHAK berkuasa membawa mangsa selepas ditanam di kaki Gunung Cikuray.-AGENSI

JAWA BARAT: Seorang suspek pencuri berusia 50 tahun dipercayai masih hidup ketika ditanam oleh penduduk kampung selepas dibelasah di Garut, Jawa Barat.

Lapor Tribunnews, mangsa sebelum itu diikat dengan tali dan dimasukkan ke dalam karung guni.

Ketua Polis Garut, Wirdhanto berkata, suspek turut dikelar di bahagian leher oleh suspek dikenali sebagai S dengan parang ketika ditanam hidup-hidup di ladang jagung di kaki Gunung Cikuray.

“Mangsa ternyata masih hidup sebelum S masuk ke dalam galian tersebut dan mengelar lehernya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas itu,” katanya.

Menurut Wirdhanto, seramai 14 penduduk disyaki terlibat dengan pembunuhan tersebut.

Katanya, sebelum kejadian tersebut, mangsa dicekup oleh penduduk kampung kerana didakwa cuba mencuri di kawasan perumahan itu.

Jelasnya, kes pencurian yang asalnya sudah diselesaikan secara baik oleh penduduk, akhirnya, bertukar menjadi kes pembunuhan.

 UTUSAN.

Tiada ulasan: