25 Oktober 2021

Jokowi gesa negara serantau buka semula sempadan

 Presiden Indonesia Joko Widodo. - Foto AFP

Presiden Indonesia Joko Widodo. - Foto AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia menyeru negara-negara serantau untuk membuka semula sempadan bagi membolehkan pergerakan dalam kalangan penduduk Asia Tenggara.

Portal CNA melaporkan, berucap semasa persidangan bagi perniagaan dan pelaburan ASEAN, hari ini, Presiden Joko Widodo (Jokowi), berkata Rangka Kerja Aturan Koridor Perjalanan ASEAN yang disaran Indonesia, perlu segera dilaksanakan.

Persidangan itu dirasmikan Sultan Hasanal Bolkiah selaku pengerusi ASEAN, menjelang sidang kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara itu pada 26 hingga 28 Oktober.

Jokowi menekankan kepentingan pergerakan rentas negara untuk merancakkan semula ekonomi serantau.

"Jika semua negara ASEAN segera memudahkan pergerakan masyarakat dengan aman, roda ekonomi boleh kembali bergerak.

"Indonesia juga telah membuka Bali secara berperingkat untuk pelancongan yang selamat dengan protokol kesihatan yang ketat.

"Indonesia membuka Bali selepas tahap vaksinasi lengkap mencapai 84.8 peratus. Indonesia akan membuka secara berperingkat wilayah yang lain apabila tahap vaksinasi lengkap melebihi 70 peratus," katanya. - AGENSI

Tiada ulasan: