15 Oktober 2021

Kediaman mempesonakan

 PINTU gerbang masuk ke Senadi Hills.

PINTU gerbang masuk ke Senadi Hills.

UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) menyaksikan permintaan yang tinggi bagi pembangunan rumah teres dua tingkat berpengawal fasa pertama di Senadi Hills, Iskandar Puteri, Johor dengan hampir semua unit terjual dalam tempoh setahun selepas pelancarannya.

Sejak pelancarannya pada Julai tahun lalu, Fasa 1A Senadi Hills mencatatkan lebih daripada 85 peratus jualan akhir.

Manakala Fasa 1B juga mempunyai kadar penjualan yang memberangsangkan dengan 75 peratus hanya selepas beberapa bulan pelancarannya.

Ketua Pegawai Operasi UEM Sunrise (Wilayah Selatan) Zamri Yusof berkata, Senadi Hills yang mempunyai keluasan seluas sekitar 25 hektar adalah komitmen UEM Sunrise terhadap permintaan untuk rumah peribadi dan berpengawal untuk pelbagai generasi keluarga dengan taman landskap yang indah di halaman rumah.

Jelasnya, sebuah pembangunan kediaman berpegangan kekal dengan akses ke lebuh raya dan lokasi yang berhampiran dengan pusat beli-belah, kemudahan kesihatan, institusi pendidikan serta kemudahan rekreasi.

"Senadi Hills juga menawarkan keselesaan, kemudahan dan kehidupan saling berhubung antara penghuninya. Kedua-dua Fasa 1A dan Fasa 1B yang masing-masing merangkumi 112 unit dan 120 unit daripada keseluruhan 398 unit kediaman yang ditawarkan di perumahan komuniti berpengawal eksklusif ini.

"Keluasan unitnya bermula dari 2,088 kaki persegi. Ada juga pilihan unit empat bilik tidur seluas 20' x 70' dan 22' x 70.' Malah, Senadi Hills turut menawarkan rekaan rumah yang mempesonakan bersesuaian dengan keperluan pelbagai generasi," katanya.

Harganya bermula dari RM623,900 dan termasuk diskaun 15 peratus untuk pembeli Bumiputera.

Jelasnya, Dataran Senadi pula adalah unit komersial yang melengkapkan pembangunan itu, dengan 20 pejabat kedai dua tingkat bakal memudahkan pembeli rumah untuk memenuhi keperluan harian mereka.

LUKISAN artis Senadi Hills Fasa 1A.
LUKISAN artis Senadi Hills Fasa 1A.

SENADI Hills menyediakan kawasan riadah untuk penduduk.
SENADI Hills menyediakan kawasan riadah untuk penduduk.

"Hampir separuh unit di Dataran Senadi kini terjual kepada pembeli untuk keselesaan penghuni Senadi Hills. Permintaan terhadap Senadi Hills adalah amat menggalakkan.

"Walaupun dalam ketidaktentuan ekonomi dan penutupan sempadan, ini menunjukkan bahawa pelanggan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kami dalam menghasilkan produk yang berkualiti dengan nilai berpatutan dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Katanya, UEM Sunrise bertekad untuk terus memenuhi permintaan dan harapan pelanggan dengan tepat melalui falsafah Menarik (Exciting), Membawa Nilai (bringing Value) dan Mudah Dimiliki (Easy to Own).

"Kami juga yakin dengan daya tarikan serta keunikan lokasi produk kami kepada pembeli warga asing apabila sempadan antarabangsa dijangka dibuka semula.

"Semua pembangunan UEM Sunrise berada dalam bandar raya Iskandar Puteri yang kian berkembang pesat di mana ia terletak berhampiran kemudahan awam dan hab rekreasi Puteri Harbour yang meriah," katanya.

Penghuni Senadi Hills yang terdiri daripada pelbagai umur bakal menikmati kemudahan mesra kerusi roda dan kereta sorong bayi di kawasan rumah yang menyamankan.

Laluan joging sepanjang 2.5 kilometer, taman permainan kanak-kanak, gimnasium terbuka, kawasan 'tai chi' mini dan plaza akan memberi keselesaan kepada seluruh keluarga untuk berehat selain mengeratkan kembali silaturahim sesama mereka selepas penat bekerja seharian.

Terletak di bandar raya Iskandar Puteri dan tidak jauh dari bandar raya Singapura, Senadi Hills mudah diakses dari Lebuh Kota Iskandar dan Jalan Ismail Sultan (Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar).

"Pembangunan ini juga terletak berhampiran pembangunan matang termasuk Bukit Indah, Horizon Hills dan Nusa Bestari.

"Senadi Hills yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM411 juta, terletak berhampiran kemudahan dan tempat menarik seperti Legoland Malaysia, Mall of Medini, Gleneagles Medini, Aeon Bukit Indah dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour," katanya.

hmetro/-


Tiada ulasan: