15 Oktober 2021

Kerajaan pertimbang buka sempadan negara secara selamat

 Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, hari ini. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, hari ini. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang untuk membuka sempadan negara secara selamat, dengan membenarkan pelawat asing lengkap vaksinasi dari negara tertentu, memasuki Malaysia tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia melalui program 'mutual recognition of vaccine certificate' sebagaimana yang telah dilaksanakan di beberapa negara lain.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan pada mesyuarat MPN yang dipengerusikannya, hari ini, yang dimulakan dengan taklimat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

"Ini satu perkembangan positif dalam proses pembukaan sempadan negara, yang saya pasti akan merancakkan semula kegiatan ekonomi, terutama dalam sektor pelancongan, konvensyen antarabangsa dan peruncitan, selain mempermudahkan urusan pelawat perniagaan serta pelawat sosial untuk datang ke negara kita.

"Saya berharap proses pembukaan sempadan negara yang merupakan satu aspek penting dalam usaha pemulihan negara, dapat dilaksanakan dengan segera dan selamat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

bharian/-

Tiada ulasan: