10 Oktober 2021

Lakukan saringan COVID-19 sebelum balik kampung

 

 Foto fail BERNAMA
Foto fail BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mereka yang mahu pulang ke kampung digalakkan melakukan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen termasuk secara kendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun ujian saringan itu tidak diwajibkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri, namun ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab seseorang individu untuk memastikan ibu bapa dan keluarga di kampung selamat daripada jangkitan COVID-19.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas disiarkan secara langsung di stesen televisyen dan dalam talian, hari ini.

Tiada ulasan: