26 November 2021

Ibu kota Bangladesh lumpuh akibat protes kematian pelajar

 Kumpulan pelajar Bangladesh yang menyertai tunjuk perasaan menuntut pembelaan atas kematian rakan mereka menyebabkan trafik di pusat bandar Dhaka lumpuh sama sekali. - Foto AFP

Kumpulan pelajar Bangladesh yang menyertai tunjuk perasaan menuntut pembelaan atas kematian rakan mereka menyebabkan trafik di pusat bandar Dhaka lumpuh sama sekali. - Foto AFP

DHAKA: Ribuan pelajar lengkap beruniform turun ke jalan raya menyertai tunjuk perasaan menuntut keadilan bagi kematian seorang rakan mereka dalam kemalangan jalan raya.

Mereka bukan saja bertindak menyekat jalan raya di ibu negara Bangladesh semalam, malah bertindak berani menghampiri semua kenderaan termasuk kereta peronda polis bagi meminta pemandu menunjukkan lesen mereka.

Kehadiran ribuan pelajar beruniform itu menyebabkan gangguan lalu lintas di sekitar daerah komersial utama Dhaka dan berhampiran kawasan Parlimen.

Terdapat juga perarakan dibuat ke pejabat Datuk Bandar bagi menuntut pendakwaan terhadap pemandu lori sampah yang dituduh melanggar pelajar malan berkenaan.

Seorang pelajar, Sabit Arif, 18, berkata apa yang mereka mahu adalah keadilan untuk mangsa kerana isu bahaya trafik di Dhaka sudah lama dibangkitkan.

"Kami tidak akan pulang ke rumah sehingga keadilan dapat dicapai. Kami juga mahukan keselamatan nyawa kami di jalan raya terjamin.

"Bagaimana kami boleh bertenang jika rakan kami  terbunuh akibat kecuaian pemandu," katanya kepada AFP.

Seorang lagi pelajar, Israt Jahan Ivy, 17, berkata mereka tidak membantah kerajaan sebaliknya hanya mahu keselamatan di jalan raya terjamin.

Pada 2018, protes jalanan seumpamanya turut diadakan selepas kematian dua pelajar dalam kemalangan sebuah bas, sehingga mendorong kerajaan terpaksa bertindak keras bagi.

Pihak berkuasa kemudiannya menguatkuasakan undang-undang jalan raya meningkatkan hukuman terhadap pemandu yang cukai, namun mereka mendakwa peraturan itu masih belum mampu memberi pengajaran kepada pemandu. - AFP

Tiada ulasan: