26 November 2021

'PRU-15 tidak wajar diadakan ketika ini' - Khairy

 PUTRAJAYA 26 NOVEMBER 2021. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim ketika sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan, tidak sesuai untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan yang situasi penularan kes COVID-19 di negara ini, masih membimbangkan, selain berdepan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.

Beliau berkata, lebih membimbangkan adalah kemunculan varian baharu COVID-19 yang amat berbahaya.

"Saya sudah berbincang perkara ini dengan golongan pakar termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah).

"Pandangan KKM ialah PRU sebenarnya boleh dielakkan, berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tidak boleh dielakkan kerana sudah tamat tempoh.

"Manakala PRN Melaka terpaksa diadakan sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan," katanya pada sidang media hari ini.

BHARIAN.

Tiada ulasan: