26 Disember 2021

'Projek EKVE antara punca banjir besar di Hulu Langat'

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas program gotong-royong Keluarga Malaysia di sekitar Hulu Langat hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas program gotong-royong Keluarga Malaysia di sekitar Hulu Langat hari ini. - Foto BERNAMA

HULU LANGAT: Pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) di sini dipercayai antara faktor menyumbang kepada kejadian banjir besar di sekitar Taman Sri Nanding, di sini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pemantauannya di kawasan perumahan itu mendapati projek pembinaan EKVE menyebabkan longkang tertutup, sekali gus mengganggu sistem saliran di kawasan itu.

Ia menyebabkan air Sungai Langat yang terletak betul-betul di belakang Taman Sri Nanding melimpah ke kawasan perumahan berkenaan hingga banjir meningkat setinggi tingkat pertama rumah di situ.

"Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tapi (tinjauan) di Taman Sri Nanding tadi (mendapati) kerana projek EKVE.

"Longkang tertutup dan sebagainya, menyebabkan banjir lebih cepat berlaku," katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin di sini, hari ini.

BHARIAN.

Tiada ulasan: