26 Disember 2021

COVID-19: Angka harian kembali menurun bawah 3,000

 

Kuala Lumpur: Angka harian jangkitan COVID-19 kembali menurun hingga bawah 3,000, dengan sebanyak 2,778 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui perkongsian dalam Facebook beliau, memaklumkan ia menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 2,741,179 kes.

Ia adalah kali kedua dalam bulan ini, jangkitan baharu COVID-19 mencatat angka harian bawah 3,000 kes.

Sebelum ini, sebanyak 2,589 jangkitan baharu dilaporkan pada 20 Disember lalu, iaitu kira-kira lapan bulan selepas kali terakhir merekodkan angka harian bawah 3,000 pada 26 April dengan 2,776 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Tiada ulasan: