26 Disember 2021

Raja Arab Saudi ucap takziah kepada mangsa banjir di Malaysia

 

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud semalam menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung bencana banjir yang berlaku di Malaysia, baru-baru ini.

Lapor Arab News, jumlah mangsa korban akibat banjir di beberapa negeri di Malaysia itu kini meningkat kepada 46 orang dengan lima lagi hilang.

“Kami mendapat perkhabaran bencana banjir melanda beberapa negeri di Malaysia sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kemusnahan harta benda.

“Sehubungan itu, kami mengucapkan takziah kepada Seri Paduka dan semua keluarga yang terjejas akibat bencana tersebut,” titah Raja Salman menerusi satu kenyataan.

Raja Salman turut mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tiada ulasan: